Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Monday, January 30, 2012

Cute Choc Bun VS Choc Moist Cake

Salam...

Ekoran stress melampau.... 
ari sabtu aritu aku bikin Cute Choc Bun dan Choc Moist Cake...
awat coklat??? 
hahahahaha... 
1 - aku suke coklat
2 - coklat kan leh ilgkan stress
3 - sukati aku la.. da tuh je bahan ade kat mah....

jom check it out....

Cute Choc Bun

Bahan-Bahan

250gm Tepung Roti
50gm Gula Halus (Ai Gune Gula Kastor)
½ Camca Teh Garam
1 Camca Besar Penuh Susu Tepung
¼ Camca Teh Bread Improver
¼ Camca Teh Bread Softener
½ Camca The Shortening
30 Gm Telur
(Dipukul Dahulu Dan Kemudian Timbang 30gm.. Baki Dijadikan Gliss)
6gm Yis
30gm Mentega
125ml Air

Cara-Cara (Sy Gunekan Bread Maker)

1.        Masukkan sume bahan ke dalam bread maker dan setting utk bread dough. Tunggu sehingga siap
2.       Setelah siap diuli dan diperap sy akn setting lg bread maker ke dough plak… yang utk uli selama 15 min…. Means sy akn uli 2x.. Kes mls uli sendiri nih
3.       Bahagikan doh kepada beberapa bahagian… kalo nk cntik timbang dlu doh berapa berat dan bahagikan doh mengikut jumlah dikehendaki…
4.       Leperkan doh yang telah siap diasing dan masukkan filling…kemaskan dan letak di dalam bekas acuan yang telah di gris
5.       Setelah doh kembang 2x ganda sapukan baki lebihan telur tadi di permukaan doh…
6.       Panaskan ketuhar selama 15 min…
7.       Bakar pada suhu 150°c selama 15 min atau sehingga masak… hendaklah diingatkan bahawa suhu setiap ketuhar adelah tidak sama…

*** resepi sy dapat dari cmg… tapi ade yg sy derhaka yer… harap maklum
  
nampak x kelembutannya itu?? yummmyyyy...

Chocolate Filling

Bahan-Bahan :

250ml Susu Sejat
180ml Air Suam
125gm Gula Halus Atau Gula Kastor..Boleh Tambah Sedikit Jika Nak Manis
60gram Mentega
60gram Serbuk Koko
40gram Tepung Jagung
1 Sudu Teh Esen Vanilla

Cara-Cara :

1. Campurkan susu,koko, air suam dan tepung jagung.kacau
2. Tapis kedalam bekas berisi gula..ana campur & blender sampai halus, terus tuang dalam bekas gula
3. Kacau dan pekatkan diatas api.. Guna api perlahan
4. Kacau sampai pekat
5. Campurkan mentega dan esen
6. Kacau sebati dan tutup api..sejukkan


*** sy dpt resepi dr k.nor@secubitgaram


kasi tunjukkan choc filling nye.. dap weh

Choc Moist Cake

Bahan – Bahan

Untuk Kek

2 Cawan Tepung Gandum*
1 Cawan Serbuk Koko  - Sy Kurangkan Sbb Koko Sy Pahit*
1 Sudu Teh Baking Powder*
1 Sudu Teh Soda Bikarbonat*
2 Biji Telur
1 Cawan Gula Pasir
1 Cawan Susu Manis
1 Cawan Minyak Masak
1 Cawan Air Panas

Untuk Topping

2 Sudu Marjerin
3 Sudu Besar Susu Cair
4 Sudu Besar Susu Pekat
½ Cawan Koko – Sy Kurangkan Sebab Koko Sy Pahit

Cara-Cara (kek)

1.        Ayak bahan bertanda * dan gaul sebati
2.       Dalam bekas lain masukkan bahan2 lain kecuali air panas… gaul sebati
3.       Masukkan bahan bertanda *
4.       Masukkan air panas
5.       Tuang ke dalam acuan dan bolehlah dikukus
6.       Setelah masak, sejukkan kek di atas redai dan tuangkan topping..

Cara-cara (topping)

 1. Masak secara double boiler


Tips : panaskan dulu periuk kukusan….. Dan make sure air kukusan da mendidih.. Barulah letakkan adunan… tudung periuk juga perlu dibalut dengan kain bersih utk mengelakkan wap menitik ke atas kek… make sure api yang digunekan semasa adunan di dalam kukusan adelah sederhana.. Kang besar sgt merekah pulok….

Tips topping : untuk mendapatkan topping yg cntik tuangkan sahaja topping ke atas kek dan jgn di sapu dengan spatula atau ape2.. Biarkan topping bergerak sendiri atau bantu tnpa menggunakan ape2 peralatan.. Means pusingkan kek shj…





Sunday, January 15, 2012

Jelly Kelapa Vs Bun Lembut Osaka

Salam..

di malam yang hening dan penuh kebisingan berperang ngn manja...
sempat gak ler aku bikin JELLY KELAPA & BUN LEMBUT OSAKA...
untuk jelly kelapa aku amik resepi dari sini...
dan bun manis osaka plak dr sini..
kredit utk mereka... 

tapi saya minta izin copy paste resepi dari sini ye chef dan kak ros...

BUN LEMBUT OSAKA

bahan-bahan 
(aku derhaka yer... kalo nak versi asal klik link kat atas nun)

380gm tepung roti
1 sudu besar shortening
1 biji telur (tinggalkan sedikit untuk gliss)
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
1/3 sudu kecil garam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver
1 sudu kecil bread softener
160ml air

untuk gliss
baki telur + 2 sudu besar susu --- digaul sebati

cara-cara

1. masukkan semua bahan ke dalam bread maker dan set utk bread dough
2. uli dan tumbuk sedikit untuk buang angin dan dibiar naik lagi
3. bulat2kan dan susun di atas dulang pembakar (make sure gris dulu ye dulang pembakar)
4. setelah bun naik 2 kali ganda, gliss permukaan dengan sapuan gliss tadi dan bakar pada suhu 150 darjah selama 20 min (ini ikut oven den yo)
5. setelah siap di bakar sejukkan atas redai dan simpan dalam bekas tertutup untuk kekalkan kelembutan...

psttt panas dr oven nih... sodap.. lembut giler!!


JELLY KELAPA

bahan-bahan

10 gm serbuk agar2
3 mug air
1 mug gula
2 mug air kelapa
isi kelapa secukupnya

cara-cara

1. masakkan serbuk agar2 bersama 3 mug air. kacau hingga larut
2. masukkan gula dan kacau lagi hingga larut dan mendidih. tutup api
3. tapiskan dan masukkan air kelapa serta isi kelapa dan kacau rata
4. masukkan adunan ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti sejuk (chilled)
5. boleh dihidang... sodap wehhhhhhh

*** aku pakai mug bese tu jer






Monday, November 28, 2011

Roti Tuna

Salam..

Saya meroti lagik..
kali ni ROTI TUNA plak..
ngeeeee...
sodap!!!
dalam manja kedemaman, mummy masih dpt meroti...
ala main tekan2 aje kan...
muahahahahahaha

BAHAN DOH 
250 gram high protein flour
50 gram gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air

CARA MEMBUAT DOH 
 Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).

Inti Tuna :

Tuna dalam tin
Sedikit mayonis
1 biji bawang besar, dipotong dadu
Sedikit daun sup dan daun bawang
Air perahan limau (1 biji)
*Gaulkan semua bahan dalam mangkuk.

Topping
Mayonis
parsley

Cara membuat roti tuna:
- Apabila doh roti sudah naik mengembang, bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil
- Bulat2kan doh, dan leperkan semula untuk memasukkan inti tuna. Kemaskan doh. Masuk ke dalam paper cup, dan biarkan roti mengembang sekali lagi. Panaskan oven pada suhu 190 darjah celcius.
- Dan apabila doh sudah mengembang sepenuhnya, sapukan lebihan telur di atas permukaan roti. Picitkan mayonis ikut suka, dan taburkan sedikit parsley.
- Bakar dalam oven selama 12-15 minit.








Tuesday, November 22, 2011

Garlic Oat Bun lagik dan Blueberry Oat Bun...

Salam...

Ngeee..
Meroti lagik dan lagik...
sampai puas hati.. sampai manja ngn daddy muak...
muahahahahahahaha..
kali ni versi derhaka.... 
derhaka yg banyak kali nih...
ngeeee...
jom tgk resepi...

Bahan-Bahan

---- Untuk Doh ----
 sy makai breadmaker.. jadi sukatan dan camca sume makai breadmaker sy punyer...

180ml susu segar (pakai air bese pn bole)
350gm tepung roti
2 sudu besar water roux 
1/2 biji telur -- 1/2 biji lagi untuk gliss yer
40gm butter 
40gm oats1 camca besar susu tepung  -- sy makai nespray
2 camca besar gula
1 1 /2 camca kecil yis
1 camca kecil bread softener
1 camca kecil bread improver
1 camca besar madu


---- untuk inti bun ----

leh tgk sini  untuk inti garlic bread ..
untuk blueberry bread sy makai blueberry filling ajer...

---- untuk gliss ----

amik baki telur tadi yang dicampur dengan 3 titik madu dan sedikit air.. lebih kurg 1 camca...

****cara-cara****

1. masukkan sume bahan2 doh kedalam bread maker... 
kalo ikut breadmaker saya... saya ikut turutan di atas... 
2. setkan ke bread dough.. dan tekan start
3. bahagikan doh kepada beberapa bahagian yang anda kehendaki... leperkan dan masukkan inti...
tutupkan ia dan kemas2kan bulat..
4. setelah bun naik dua kali ganda.. glisskan bun tersebut... dan letak topping yg anda sukai..
macam saya, saya taburkan parsley untuk garlic bun
 dan sy letakkan blueberry filling untuk blurberry bun
5. akhir skali bakar pada suhu 150 darjah dan bakar selama 20 min 
atau permukaan bun bertukar ke warna keperangan.
6. setelah siap dibakar glisskan dengan mentega/butter untuk mendapatkan permukaan yg berkilat... 

garlic bread... of coz la makan ngn chicken soup.. mushroom xdek.. ngeh ngeh ngeh

hot!! baru kua oven nih... ngeeee

blueberry oat bun.... ade filling inside ngn topping.. abaikan kesememehannya okies....



Thursday, November 17, 2011

Roti Oat Manis dan Garlic Oat Bread

Salam

Aku meroti lagik..
lalalalalalalala...
bukan sebab kerana kerajinan tp kerana da janji ngan manja...
so aku pun meroti la...
ROTI OAT MANIS ngan GARLIC OAT BREAD....
sihat katenye makai oat...
ngeee..
actually resepi ni dpt dr Kak Ros Jintan Manis..
tapi biasa la aku..
versi derhaka....
aku olah resepi kak ros...
maaf ye kak ros....


Bahan-bahannya


*Untuk Doh*
350gram tepung roti
2 sudu besar water roux
1 sudu besar susu tepung
1 1/2 sudu besar gula
1/2 biji telur
40gram butter ( boleh ganti dengan marjerin atau shortening)
180ml susu segar ( atau air suam)
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver - optional 
1 sudu kecil bread softener - optional
40gram Oats 


*untuk Inti bun*
aku gunakan ini jer... untuk oat garlic bread


manakala untuk resepi roti oat manis aku gunakan gula dan marjerin ajer..


Cara-caranya

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan juga Oats di dalam breadmaker, kemudian ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh+Oats dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di 
dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada beberapa bahagian kecil ataupun mengikut saiz yang dikehendaki. leperkan sedikit doh dan masukkan inti, tutup kemas dan bulat-bulatkan. untuk roti oat 
manis plak sy leperkan doh.. sapukan mentega sedikit dan saya taburkan gula di permukaannya. Susun di atas dulang pembakar dan biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit.

5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun. untuk oat garlic bread sy taburkan parsley kat permukaan roti.

6. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18 ke 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar glis pemukaan roti dengan butter untuk bun lebih berkilat, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun.


ROTI OAT MANIS


GARLIC OAT BREAD







Sunday, October 16, 2011

Roti Putih a.k.a Roti Benggali

Salam...

ngeee malam minggu lepas...
keinginan nak mencuba resepi kak sue aleen kasi memang tinggi...
muahahahahaha...
so ape lg..  bahan sume ade...
masuk ade je dalam breadmaker...
set timer... dgn hrpan pagi esok suda bole makan..
dan harapnye menjadi la dengan jayanye....

jom tinjau resepi yang saya copy dari post beliau... izinkan saya ye kak sue aleen...

Bahan-bahan ( 12-14 keping )

1Cawan air, suhu bilik
1 sk garam
1 sb madu
3Cawan tepung serbaguna @ tepung gandum ---- saya gune tepung high protein
1/4Cawan susu tepung
2 sk gula
1 1/2 sk yis
3 sb margarine

* saya tambah 1 camca bread improver dan 1 camca bread softener...


Cara-cara

Breadmaker:

1. Campur semua bahan ke dalam breadmaker
 (ikut turutan yang disyorkan oleh pengilang, bukan ikut turutan resipi ini).

2. Bila siap, keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk keluarkan angin.
 Bentukkan bentuk roti loaf, letak dalam loaf pan.

3. Biarkan naik 2 kali ganda lebih kurang 40 min.

4. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu pada bahagian tengah, 
175C selama 25-30min.

5. Sejukkan atas redai sebelum dipotong.

******** turutan 2-4 saya x wat sebab siap set timer.. 
so tau2 pagi esok da leh makan jer************

Mixer/Uli dengan tangan:

1. Dalam bekas, masukkan tepung gandum, gula, yis, susu tepung, margarine, 
dan madu dan kacau sebati. Pastu baru masukkan garam.

2. Buat lubang ditengah-tengah dan tuangkan air ke dalam adunan.
Uli sampai doh tak melekat di tangan/dinding bekas
 (tambah tepung kalau perlu sebab lain tepung lain kuantiti serapan air) dalam 8-10 min.

3. Keluarkan doh dari bekas, uli sikit atas papan pencanai bersama sedikit tepung sampai doh jadi elastik. 
Perapkan doh sejam hingga naik 2 kali ganda.

4. Tumbuk-tumbuk keluarkan angin, bentukkan bentuk loaf dan letak dalam bekas dilengser margarine.
 Perap 40min sampai naik 2kali ganda.

5. Bakar pada oven yang dipanaskan terlebih dahulu,
 175C untuk 25-30min atau sampai warna atas keperangan.

6. Sejukkan atas redai.



fuh seb bek jadi weh... sebab dalam pale da tkut bangat...
kot la xleh nk set timer kan... 
daddy xtau pun aku duk wat roti...
dia kate tertnya2 gak pagi tuh nape wangi je umah sampai bilik terbau wangi roti...
ngeeeeeeeeee....

kemain lembutnye... syiok sungguh tgk percubaan menjadi...
sarapan kami bertiga ni ler pg ahad tuh...
kenyang!!!! roti panas kan... manja pun suke bangat....
nanti korang try ah... x rugi woo cube


Monday, September 19, 2011

Roti Sosej.. Percubaan Kali Kedua Berjaya!!!

Salam...

Alhamdulillah...
percubaan untuk membuat roti sosej kali kedua berjaya...
lembut... manis... sedap... complete wooo...
syiok sgt...
ms cuba kali pertama mak aih.. keras mcm batu!!! baling dinding pn dinding leh retak woo...
error ms percubaan kali pertama mungkin :
1- yis tercampur garam so dia xleh kembang
2- salah amik setting.. ptt amik bread dough aku p amik dough jer...
3- sukatan x ikut bread maker.. aku pakai camca bese apekah??
4 - x menyabo nk tggu dia naik... gatai kannnnnnn

ape pn kali ni puas ati...
pg ni aku mkn.. perghhh masih terasa lembut nyer...
mmg syiok bangat!!!!!
bambam la manja nanti sbb mummy asik meroti..
apekah?? ngeeeeeeeeeee


walopon rupe kureng, tp rase mantop okeh... 
dasar xreti nk dekorate.. 
pasni kna improve la...
kasi cntik api atas bawah...
slow2 belajo.. kalo x belajo smpi sudah pn xdpt..
xde alasan!!!! have to improve it..
cewah semangat waja katenyer..
kalo korang nk resepi leh refer pd kak sue ngn CMG nih...






Tuesday, August 2, 2011

Projek Meroti Saya Menjadi!!!

Salam..

alhamdulillah...
ianya menjadiiii...
yieehaaa tutup la kilang roti kat mesia ni..
muahahahaha... kelako la plak rase...
debar2 kat dada tuh xleh blah!!!
hehehehehehe
mari kite tengok ape hasilnya...


balik2 aku bukak breadmaker tuh and ini lah hasilnyer... 
rse nk poluk daddy..
ianye menjadi...
muahahahahaha....



pastu x sabo lak nk motong... 
muahahahaha...
gayat katekan...
skali tgk..
alamak...
sah!!
kilang roti mmg tutup la weh...
wangi je bau dia...
sayangnya kami xleh mam roti panas...
xpe nti leh wat lg...
ngeeeeeeeeeee





Jadi Ape La Tuh

Salam

mlm td utk pertama kali daku duk try masak roti gune breadmaker utk pertama kalinyer...
hahahahaha...
da masuk 2 mggu gak kot daddy blikan tp ku lum ade gune...
ampunnnnnnn...
ni ku try wat basic dlu..
cewahhhhhhhh...
punyer excited...
timbang baik punye sume bahan...
pastu masuk ikut urutan....

sile klik pic ni utk paparan lebih jelas ....


debo2 dada nih ms lunch hour td... huhuhuhuhu... 
sat ha kite tgk ape jd....